-->

Love The Way You Are

Friday, 25 November 2011

Cik Ti and Ibu

Hari ni balik kampung. Ahh! Rindu dekat opah and atuk. Diorang je? Eh, taklah! Sepupu-sepapat pun aku rindu.. Hahaha. Jangan nak kembang pulak, wahai sepupu-sepapatku. Ecehwah..

Malam tadi, aku dah packing baju. Banyak? Banyak jugaklah. Yalah, aku yang kena tinggal dekat kampung.. So, of course lah barang-barang aku lagi banyak. Bila dah siap packing baju, onlina lah. Hahaha.

Masa aku tengah edit blog, (dalam pukul 2 pagi camtulah..) adik aku, Nina nampak Cik Ti! Aduh.. memanglah. Kakak aku yang tengah tidur dekat bawah terus bangun and terjerit-jerit. Hahaha.  Adik aku kata, tikus tu besar. Kitorang dok jugak cari, tapi tak jumpa.

Kakak aku dengan semangatnya, pergi dapur and ambil spray nyamuk tu.. Hahaha. Kalau aku, jangan haraplah! Dia spray keliling rumah. Tak boleh blah betul.

Lusa hari tu, kakak aku nampak sebab dia online sampai pagi (main game). Kakak aku boleh buat dek je kat atas sofa. Cik Ti tu pulak main sorang-sorang berpusing-pusing keliling rumah. Eii! Geli-geli!

Then, tetiba.. ibu turun. Dekat 2X gaklah. Terbatuk-batuk. Ibu minum air masak. Then, kitorang cakap lah ade tikus. Ibu pun cari jugak. Sebabkan tak jumpa.. ibu stay dengan kitorang dekat bawah. 

Mula-mula ibu tak duduk rapat dengan kitorang. Bile ibu tengok kitorang asyik ngadap laptop je, ibu datang kat kitorang (konon-kononnya nak spotcheck lah tu..). Then, aku dengan suka hati nya, bagilah ibu tengok. (Baik tak aku? Hahaha)

Ibu tanya ni apa, tu apa? Hahaha. Aku dengan adik aku jawab jelah. Layan sajalah..
Posted by Zulfati Zamri at 17:52 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 9 October 2011

Go Hell lah!

Owh, aku bagi message dekat kau dalam facebook, kau tak balas.. Dengan budak lelaki, kau layan. Tapi, aku kawan kau, yang perempuan ni.. kau buat bodoh je. Apa nak jadi dengan kau ni?

Kau kata,

Ada aku kesah.pgy mampos la ko (aku copy ayat yang kau tulis dekat status kau)


Apasal kau kata camtu? Kau terasa? Pergi jahanam lah weh! Aku baru cakap sikit, kau dah melenting. Tau pulak kau terasa.. Aku fikir kau tak terasa.. Yalah. Biasa nya, kau kata kau tak terasa. Macam ni.


'Mana ada aku terasa.. Betullah.'


Hahaha. Ayat kau, semua tak boleh pakai. Nak hot je cite. Nak gebang sana sini. Bajet cun. Bajet segala bajet! Muka tembok! Tak faham aku. 


Aku cakap baik, kau tulis dekat status kau macam bangang. Macam apa je.. Kau fikir kau baik sangat? Huh! Pergi mamposlah. Kalau kau nangis semata-mata nak minta simpati, better you think first! Kau fikir orang suka? Kau fikir orang nak tolong kau ke? Pujuk kau? No way!


Aku bukak je facebook, aku terus nampak status bangang kau. Memang bengong lah kau! Tak ada perut! Tak ada hati! 


Ayat kau giler power.. Kalau kau fikir kau boleh tulis camtu, aku lagilah boleh. Just you wait and see.
Posted by Zulfati Zamri at 03:36 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 8 October 2011

Masak..

Okay, cerita bermula begini. 

Aku yang baru bangun (dah siap mandi lepas ibu kejutkan 2 kali. Hehehe) dalam pukul 9.30 pagi kot.. Habis siang ayam (memang kerja aku tiap2 minggu), aku makan and tengok tv. Hahaha. Ingatkan lepas ni, goyang kaki..

Abah pulak, on the way ambil kakak dekat asrama. Kakak balik sekejap (outing). So, tinggal aku dengan ibu jelah dekat rumah. Nina, camping dekat sekolah. Adik2 yang lain, ikut abah.

5 minit lepas abah pergi, ibu panggil. Time tu, aku dekat atas. Tengah on kan laptop. Hehehe. Then, aku sahutlah. Takkan nak buat bodoh je kot.

Ibu panggil suruh tolong masak. Mula2 macam malas. Tapi, sebabkan malas nak dengar ibu membebel (ibu membebel lama giler! Tak tahan telinga aku dengar. Hehehe).. aku turunlah bawah. 

Ibu : Angah pergi goreng ikan. Ikan tu, ada dekat bawah bekas kuning. Ibu dah bawak keluar dari peti ais.

Aku : Okay. (baikkan aku?? Hahaha)

Ibu : Jangan lupa letak kunyit dengan sikit garam..

Aku : Angah tahulah bu..

Ibu : Hmm, yelah tu. 

Ibu takut kejadian yang berlaku dekat akak terjedi dekat aku. Hahaha. Kenangan yang tak boleh dilupakan! Akak goreng ayam tak letak kunyit.. Aduh! Lawak giler! Ibu tengok akak, macam nak terkeluar bijik mata ibu. Hahaha.

Aku : Ibu, kunyit ni nak letak berapa banyak?

Ibu : Jangan banyak sangat. Letak sesudu je.. Garam pun macam tu jugak.

Aku : Okay. 

Then, aku goreng. Masa bukak api, okay pass. Then, masukkan minyak. Okay, pass jugak. Masukkan ikan pulak. Erk, tak beberapa nak pass. Hehehe. Takut!

Aku : Aduii.. Ni yang payah ni. Minyak dah panas. Takut memercik je. (merungut)

Ibu : Bukannya mati pun kena minyak tu..

Aku : Tapi, kalau kena sakitlah bu..

Ibu : Hesy.. tak ada nya.

Then, aku masukkan perlahan. Hahaha. Akhirnya, pass jugak.

Aku : Alah, small pieces je.. (tadi bukan main takut)

Ibu : (diam tak kata apa2.. Just gelengkan kepala)

Then, aku rasa ikan tu macam dah masak. So, aku Tanya ibu.

Aku : Bu, ni dah boleh terbalikkan ke??

Ibu datang dekat aku.

Ibu : Belum lagilah. Tunggu sampai dia garing.

So, aku tunggu sampai ikan tu garing. 

Aku : Ibu, lama lagi ke?

Ibu : Lama lagi.

Then, tiba2 ikan tu meletup!

Aku : Aduhh! Sakitlah.. Dia memerciklah bu..

Ibu : Cari tutup kuali tu.

Ibu bagi aku penutup kuali. Tak lama selepas itu..

Aku : Ibu, tadi ibu kuatkan api ek?

Ibu : Kenapa?

Aku : Bau macam hangit lah.

Ibu bukak penutup kuali tu.. Ibu terbalikkan ikan tu.

Ibu : Macam mana nak terbalikkan ni.. Angah salah letaklah..

Aku : Belajar dari kesilapan.

Ibu : Kalau dah dua kali buat benda yang sama, macam mana pulak?

Aku : (tak jawab pape.. hanya tersengih)

Last2, ibu yang angkat ikan goreng tu.. Aku pulak mengahadap facebook dekat atas. Hehehe. Then, aku masak sayur bayam dengan sambal kicap (untuk ikan goreng tu punya kuah)
Posted by Zulfati Zamri at 22:13 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, kita tak mempunyai sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi, dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat begitu juga dia.
Tetapi, kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cume mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janji dia.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaan dia.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiar dia ternanti-nanti.
Kerana kita juga ada janji yang tak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi, kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendenger luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya, kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita.
Hingga kadang2 terlupa kawn kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama.

Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu, tapi, jika kita jadi sahabat seperti dia.. mungkin kita akan tahu.
Posted by Zulfati Zamri at 06:13 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 6 October 2011

I want my old friend back!

Can I get my old friend back? Oh! I miss her so much! How can I tell you??

Okay. Yang kat tengah tu.. of coz, akulah orang nya tu.. Hehehe. I'm hug you friend! I miss that moment! >.<

Posted by Zulfati Zamri at 20:38 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Menangis?

Adoii.. Aku naik seram sejuk lak. Yalah. Sekarang ni, ramai kawan2 aku yang dah ade pakwe.. Tinggal aku je yang still single lagi. (Actually, jeles lah gak.. Aku sorang je still xde. Tapi, tak kesah pun. Cuma, kalau bercerita tu.. mestilah keluar pasal pakwe.. Huhu~). Okay. Aku takut gila jadi macam diorang. Diorang kekadang, menangis beb!

Aduhh! Sampai mata membengkak! Aku kalau nangis pun, sebab ayah aku marah. Malam2 lah biasanya. Hahaha. Pagi je, mata dah bengkak! Macam mata panda! Aku rasa, panda punya mata pun.. lagi cantek dari mata aku. Hehehe. Takdelah mata aku ade lingkaran kehitaman (macam tak cukup tidur tu.) kat bawah mata tu.. Just, timbul keluar. Hahaha. (Tak boleh blah lah ayat aku!) :)

Sepatutnya aku keluar pagi tu.. Tapi, bangun je dari tidur.. Nak pengsan aku tengok muka aku. Lagi2 mata aku! Hahaha. Kakak aku lak, bantai gelaklah! Tengok je muka aku yang CUN giler time tu, dia gelak tak ingat dunie. Adoii.. Rasa nak gam je mulut die tuh! Sabarr jelah..

Aku letak kain basah (yang direndam dengan air suam) dekat mata aku. Tapi, still lagi tak mau hilang. Last2, aku tak jadi keluar. Kakak aku jelah yang pergi keluar. Huhuhu. So, aku duduk rumah and online lah! Hahaha.

Okay. Bebalik kat citer first2 tu. Ade sorang, kawan aku.. dia punya suke giler kat sorang mamat ni. Diorang pun dah siap ade relationship kat fb. okay. Masalahnya, budak tu.. oleh buat derk je kat die.. macam dia ade buat salah. Aduhh. (Ni yang rasa macam nak cari gaduh ni).

Arituh, macam tu jugak. pestu, pujuk blek. Then, sekarang lak. Tak paham aku dengan budak2 yang tengah 'bercerita' ni.. -.-"
Posted by Zulfati Zamri at 20:19 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 5 October 2011

Lisan? Oh no!!

Aduh! Petang tadilah, saat2 yang paling aku takut! Seriously damn! Rasa macam nak buang segala bagai jenis air lah. Sebabkan Lisan BM, aku dah mula rasa seram sejuk (nyaris2 menggigil kot). Adoii. Time2 camni jugaklah Pn. Yus nak buat lisan. Kalau group aku (syud, aten, izah dgn kecik.. emm, aku jugak ye) dapat forum, takpe lah jugak. Ni tak. DRAMA tuh! Okay. Sekali lagi. Drama tuhh!!! Aku ni, dahlah kayu kalau nak berlakon.

Rasa macam nak tergelak je bila ingatkan balik. Dengan watak aku yang konon2 nya gangster kampung. Aduii! Mau aku tergelak guling berlakon dekat kelas apa entah untuk tahun ni (yang aku tau, last year kelas 1 Ibnu Sina). Watak Malek yang 'gangster', aku lakonkan jadi "Maleka". Adoii. Susahlah nak buat suara jantan. JANTAN okay. So, sumpah aku kata.. lakonan aku kayu-kayan (betulkan kata ganda untuk kayu?) nak mampos! Tak ada darah keturunan seni betul! Hehehe.

Tapi, siapa sangka?? Aku dapat 21 markah weyh.. Hehehe. Lakonan yang 'terlebih' mantap daripada zulfati binti zamri ni.. Hehehe. 'Untung'lah siapa yang dapat aku (aduh mak, perasan lah pulak. Hehehe. Sekali sekala perasan, takpe kan??)

Group aku buat Drama Di Sini Bakti Bersemadi.. Tak pernah dengar? Alahh.. Yang dekat dalam Antologi Gema Sepi Gadis Genius tuh.. Kalau tak ingat jugak, tak payah tau lah. Buat2 tau sudah.. Hehehe. Ok. Tu je kot yang aku nak citer. Hihihi. By2!
Posted by Zulfati Zamri at 06:17 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Copycate not Allowed. Simple theme. Powered by Blogger.